Tekanan

9:32 AM


Tekanan dalam hidup aku dari hari ke hari terasa semakin meninggi mengalahkan Gunung Kinabalu yang terletak di negeri di bawah bayu, Sabah. Kurang sikit dari Gunung Everest.

Kadang-kadang ada juga terasa seperti gunung berapi yang hanya menunggu masa untuk mengeluarkan lava yang kemerah-merahan serta berasap.


Mungkin kah menjadi seorang lelaki kacak yang kekurangan emas atau duit boleh menyebabkan tekanan perasaan? Sehinggakan aku menjadi buntu seperti batu.

Tekanan

Aku merasakan adalah tidak normal bagi seseorang manusia itu jika tidak mempunyai tekanan dalam hidup. Tanpa tekanan manusia tidak dapat bergerak. Tetapi jika terlebih tekanan pula, boleh membawa kepada tekanan darah tinggi atau dalam bahasa asing dikenali dengan 'High Blood Pressure'. 

Hukum Tekanan

Jika mengikut hukum fizik daripada seorang saintis pada kurun ke 17 yang bernama Blaise Pascal, tekanan ialah sukatan daya yang bertindak ke atas luas permukaan sentuh. Boleh ditulis dengan formula P=F/A
P: Tekanan
F: Daya yang bertindak
A: Luas permukaan sentuh

Unit bagi tekanan diberi sempena nama saintis tersebut iaitu Pascal, yang mana boleh ditulis dengan simbol unit SI, Pa

Tekanan bagi 1 Pa adalah tersangat kecil, boleh diibaratkan seperti tekanan oleh satu helai wang kertas yang terletak rata di atas sebuah meja atau kerusi atau pun lantai. 


Pressure Gauge

Tekanan bagi sesuatu benda boleh disukat dengan menggunakan 'pressure gauge' atau 'manometer'. Contoh yang paling mudah seperti menyukat tekanan angin tayar kereta atau motor. 

Fikiran aku masih lagi waras untuk tidak menggunakan 'pressure gauge' bagi menyukat berapakah jumlah tekanan dalam diri dengan unit Pascal. 

Under Pressure

Freddy Mercury dari kumpulan Queen ada menyanyikan lagu under pressure yang aku tak pasti pada tahun berapa. Menceritakan keadaan manusia yang berada di bawah tekanan hidup. 




You Might Also Like

0 comments