Gambar

4:48 PM


Gambar? Apa ada pada sekeping gambar? Kalau dilihat pada masa kini, ramai yang bergambar tak kira tempat, masa dan situasi. Zaman dah canggih. Telefon boleh jadi kamera. Jadi senang untuk ambil gambar. Pagi petang siang malam boleh ambil gambar.

Tengok saja orang yang berada di sekeliling engkau di dalam MRT atau LRT atau Komuter. Ada yang ambil gambar sambil tersenyum sampai nampak gigi yang tak gosok barangkali seminggu.

Ada yang ambil gambar orang lain. Gambar budak kecil. Gambar OKU. Gambar pemandangan luar. Gambar perempuan. Gambar makcik pakcik mak abah nenek dan seangkatan dengannya.

Gambar

Persoalannya disini, bagaimana untuk menggambarkan gambar yang akan diambil itu kelihatan cantik? Atau pun tak perlu mengira kecantikan gambar untuk mengambil gambar? Gambar yang cantik atau orang di dalam gambar yang cantik?



Pernah aku bercita-cita untuk menjadi seorang jurugambar professional. Tetapi agak kurang arif dengan kecantikan sesuatu gambar.

Lebih senang ambil gambar menggunakan kamera di telefon pintar, kemudian terus muat naik ke akaun media sosial untuk dijadikan sebagai gambar kenangan.

Blog aku ni memang sengaja aku tak letak banyak gambar diri sendiri. Banyak yang aku ambil di Google sahaja. Gambar personal aku boleh lihat di akaun Instagram Lelaki Bawah Tanah.

Aku lupa yang hari ni hari Rabu. Wordless Wednesday. Hari sepatutnya seorang blogger muat naik gambar bukannya artikel.

You Might Also Like

0 comments