Besi

1:00 PM


Kemalasan mula melanda dalam diri setelah beberapa hari bercuti sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ni. Aku tak dapat nak pergi bercuti ke mana-mana pun. Cuma balik kampung selama 2,3 hari di Bidor, Perak. Dapat tengok muka mak sekejap pun jadi lah. Tak nak disumpah jadi batu seperti si Tanggang. 

Besi

Kali ni aku nak cerita sikit tentang besi. Kalau engkau biasa tengok jadual berkala dalam subjek Kimia masa sekolah menengah, besi ni yang mempunyai simbol Fe dan nombor atom 26. Boleh rujuk dengan ahli kimia. 


Besi merupakan sejenis logam yang dihasilkan dari bijih besi dan bukan dari bijih timah. 

Tukul besi adalah salah satu alat yang dihasilkan dari sumber besi. Banyak digunakan untuk mengetuk paku. Tak kurang juga digunakan untuk mengetuk kayu. Kadang-kadang sahaja digunakan untuk mengetuk orang yang kepala batu. 

Bagi perompak atau pun pencuri, mereka menggunakan tukul besi untuk mengetuk peti besi yang tak boleh dibuka, sebab tak dapat nombor kombinasi peti besi dari tuan rumah atau tuan kedai. 



Mungkin juga tuan rumah sendiri pun lupa dengan nombor kombinasi peti besi sendiri. Sebab banyak sangat tidur kekenyangan kerana makan belimbing besi terlampau banyak yang dibeli di pasar Sungai Besi

Bila tak dapat apa yang dicari di dalam peti besi, jangan pula mencuri besi-besi yang terpasang di dalam atau pun luar rumah untuk dijual ke tauke-tauke besi buruk. Dikhuatiri kehidupan engkau akan berakhir di dalam tirai besi

Sepatutnya mereka perlu mencontohi Popeye yang sentiasa mempunyai stok bayam untuk mendapatkan zat besi. Dengan memakan bayam, tidak perlu membazir duit untuk membuat gigi besi di klinik gigi berhampiran. 

You Might Also Like

0 comments