Selamat Datang ke Tahun 2018

9:58 AM


Hari ini tanggal 2 Januari merupakan hari kedua untuk tahun 2018. Hari pertama bagi sesi persekolahan bagi semenanjung. Ada juga yang sudah bermula semalam.

Bagi aku, merupakan hari pertama bekerja untuk tahun ini. Walaupun hanya bekerja dari rumah sahaja. Hihi..

Semoga lebih sukses dari tahun 2017. Untuk merealisasikan azam tahun pada tahun 2016 yang mana tertangguh di tahun 2015.
Tahun 2017 merupakan tahun yang boleh dikatakan sukses bagi diri aku. Di mana aku telah berjaya menulis sebanyak 2 entri blog. Kahkahkah..

Entri blog yang pertama bertemakan movie review. Pirates of Caribbean-Salazar's Revenge. Tahun ni mungkin akan ada entri blog yang sebegini rupa. Mungkin tidak ada. Entah.

Entri blog yang kedua bertemakan muzik. 13 Lagu Hari Raya Terbaik Sepanjang Zaman. Yang ni pun sama juga seperti diatas. Mungkin ada. Mungkin Tiada.

Nampak tak kuasa kemalasan telah merasuk ke dalam diri. Acaner tu? Hahaha..

Mungkin aku ingin buat beberapa perubahan dalam menulis blog pada tahun 2018. Wait & See lah.

Oh ya! lupa pulak. Aku lupa untuk memperkenalkan diri dalam blog ni. Bagi yang pernah baca blog aku sebelum ni mungkin dah kenal diri aku ni. Pekerjaan aku.

So, dalam blog ni aku akan cerita sedikir demi sedikit dalam jangka waktu tempoh lebih kurang setahun. Sebab dah terlepas sehari aku tak menulis pada 1 Januari.

Sebelum ni aku menulis di Jambubatublog.com. Pernah dengar? Tak mengapa. Blog tu pun bukan untuk didengar. Tapi untuk dibaca.

Bukan saja-saja aku ubah angin menulis di blogger. Terus terang cakap memang tak mampu nak mantain bayar domain dan hosting.

Blog sebelum ni aku gunakan platform wordpress berbayar. Agak kurang mampu nampaknya disitu.

Harap-harap pada tahun 2018 ni aku rajin untuk menulis di blog yang tak seberapa ni. Walaupun mungkin agak sibuk dengan rutin harian.

Last but not least, Salam Perkenalan dari Lelaki Bawah Tanah!





You Might Also Like

0 comments