Dilema Turun Naik Harga Minyak Setiap Minggu

12:10 PM


Semalam aku terima mesej mengenai kenaikan harga minyak sebanyak 3 sendari salah satu group whatsapp.

Walaupun sebenarnya lama dah aku tidak hiraukan tentang turun naik harga minyak di pasaran Malaysia mahu pun antarabangsa.

Lupa pula nak bagi tau, sudah tentu lah mengenai minyak petrol yang ingin aku tulis kan kat sini.


Buang masa aku juga kalau nak cerita mengenai minyak lintah pelbagai jenis yang mana engkau boleh dapatkan dengan harga RM20 sebotol di laman web Shoppe atau pun Lazada.

Tidak juga aku ingin tulis mengenai minyak gamat untuk mengubati luka atau pun mengenai minyak masak yang kita gunakan hari-hari untuk masak asam pedas.



Dengan kenaikan harga minyak petrol, tidak kira lah berapa sen pun, boleh menjejaskan kos aku dalam masa seminggu ni. Itu pun bergantung juga dengan jarak dan cara pemanduan kenderaan. 

Harga minyak dunia turun, harga minyak Malaysia naik? 

Sudah tiba masanya untuk aku cari solusi bagi mengatasi masalah turun naik harga minyak setiap minggu. Mungkin boleh gunakan kaedah orang di negara China. Menggunakan basikal sebagai pengangkutan.

Walaupun aku kira tidak berapa sesuai digunakan di kawasan perumahan aku atas faktor-faktor geografi dan daya tarikan graviti (mengikut umur individu).

You Might Also Like

0 comments